Ini cara memohon bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) & dapat subsidi sebanyak RM20,000

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Berikut adalah maklumat berkenaan RMR ini:

Ciri-Ciri Rumah Mesra Rakyat (RMR)

  • Konsep: Rumah sesebuah 1 tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Keluasan: 750 kps
  • Harga: RM75,000 – RM85,000
  • Subsidi Pembinaan: RM20,000
  • Kaedah pembiayaan:
    • Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB
    • Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay
  • Dokumen perjanjian dan sekuriti: Firma guaman berdaftar dengan SPNB
  • Pelaksanaan pembinaan:
    • Kontraktor Gred G1-G7
    • Pembekal utama produk
    • Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 – 65 tahun;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan RMR boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Sistem RMR Online.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen berikut ketika mengemukan permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah;
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua;
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang;
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
  • Salinan sijil nikah pemohon;
  • Borang laporan tapak bergambar.

 

Untuk maklumat lengkap berkenaan RMR sila rujuk DI SINI dan permohonan pula boleh dilaksanakan DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…