Bantuan kewangan RM8,000 secara “one-off” kepada penerima BKM 2022 : Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah bantuan di bawah Skim perlindungan masyarakat mySalam khusus kepada golongan B40. Salah satu bantuan di bawah skim ini adalah merupakan wang tunai sebanyak RM8,000 secara “one-off” apabila didiagnos menghidapi salah satu daripada 45 penyakit kritikal (SENARAI DI SINI).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dari golongan B40:
    • Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
    • Individu bujang berumur antara 21 tahun dan 65 tahun;
    • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Membuat Tuntutan

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, tuntutan MySalam bagi tujuan penyakit kritikal boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal;
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’;
  • Langkah 4: Log masuk ke portal mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’;
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Untuk maklumat lengkap dan membuat semakan kelayakan mySalam, ia boleh dirujuk di portal rasmi skim itu – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…