Kerajaan sekali lagi perkenalkan Bantuan Kewangan Khas (BKK) RM700: Ini tarikh bayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah bantuan kewangan sehingga RM700 di bawah Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:

Kadar Bantuan

  • RM700: Anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah;
  • RM350: Pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Bayaran

Dimaklumkan bahawa, BKK ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembayaran BKK akan dibuat bermula pada bulan Januari 2023.

Dalam masa sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera Kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi Kerajaan, ketika berucap di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ogos lalu.

Kerajaan turut mengumumkan tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 bermula pada tahun 2023.

Dengan itu, sekiranya kadar KGT bagi gred 11sebelum ini adalah RM80, maka pada tahun 2023 ia akan menjadi RM180.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…