Cara mendaftar Bantuan Kewangan RM480 dari Insentif Khas KWSP untuk rakyat Malaysia

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memperkenalkan sebuah inisiatif dikenali sebagai Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP.

Ia pada asasnya membolehkan golongan suri rumah untuk mencarum di KWSP sebagai usaha mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini:

Manfaat-manfaat Kasih Suri Keluarga Malaysia

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480/setahun;
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan;
  • Menerima dividen tahunan KWSP;
  • Bantuan Kematian: RM2,500;
    Bantuan Hilang Upaya: RM5,000.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR);
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021;
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Mendaftar

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan Kasih Suri Keluarga Malaysia, pendaftarannya boleh dibuat melalui kios atau kaunter KWSP berhampiran.

Dimaklumkan juga bahawa caruman inisiatif ini boleh dibuat melalui pelbagai cara seperti:

  • Aplikasi Mudah Alih;
  • Perbankan Internet;
  • Ejen Bank Berdaftar;
  • Kaunter Ejen Bank;
  • Kaunter KWSP.

 

Maklumat lebih teliti berkenaan insiatif ini boleh dilihat di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…