Penganggur naik kepada 772,900 orang: Berikut antara sektor yang masih belum pulih

Kadar pengangguran di Malaysia mencatatkan peningkat sekali lagi iaitu kepada 772,900 orang dengan kadar 4.8 peratus setakat Disember tahun lalu. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, ia berlaku ekoran keadaan yang masih lagi dipengaruhi krisis kesihatan dan kesannya telah memperlahankan momentum pemulihan pasaran buruh.

Bagaimanapun, bilangan penduduk yang bekerja meningkat sedikit berbanding bulan-bulan sebelumnya ekoran langkah kerajaan yang membenarkan aktiviti ekonomi beroperasi. Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja pada Disember 2020 meningkat 0.1 peratus atau 19,300 orang kepada 15.22 juta orang selepas mencatatkan penurunan kecil pada bulan sebelumnya.

Dalam masa sama, sektor perkhidmatan juga dilihat mencatatkan peningkatan terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit, kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial, maklumat dan komunikasi, serta pendidikan.

Graduan baru juga antara pihak yang terjejas teruk akibat kekurangan pasaran kerja. Gambar: The Malaysia Online.

Namun, beberapa sektor lain masih lagi mencatatkan penurunan dengan trend negatif terutamanya industri berkaitan pelancongan seperti penginapan dan perkhidmatan makanan, pengangkutan dan penyimpanan, kesenian serta hiburan dan rekreasi.

“Guna tenaga dalam sektor pembuatan terus merekodkan pertumbuhan positif pada Disember 2020 manakala sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian kekal dalam trend negatif bagi bulan kelima manakala sektor pembinaan turut mencatatkan penurunan bulan ke bulan. ” – Mohd Uzir Mahidin.

Selain itu, mereka yang bekerja sendiri nampaknya terus mencatatkan menurunan setakat Disember tahun lalu. Mereka ini termasuklah kumpulan yang menerima gaji harian dengan bekerja di pasar malam, pasar tani, gerai makan, freelancers dan pekebun kecil.

Jabatan Perangkaan turut mendapati seramai 533,700 orang pekerja di negara ini bekerja kurang daripada 30 jam seminggu, berbanding suku tahun ketiga iaitu seramai 403,800. Oleh itu, awal tahun 2021 dijangka akan kekal berada dalam situasi mencabar bagi pasaran buruh.

“Krisis kesihatan memberi impak yang besar kepada tenaga buruh dan menyebabkan kadar pengangguran mencecah lebih 4.0 peratus, berbanding kadar purata 3.0 peratus yang direkodkan dalam tempoh prakrisis.” – Mohd Uzir Mahidin.

 

Sumber: Utusan Malaysia & Berita Harian.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…