Pengambilan jawatan kosong terkini di JAIPs: Kelayakan minima PMR, Elaun bulanan RM950

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU GURU TADIKA ISLAM PERLIS (TIPS)

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Elaun: RM950/sebulan

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik minima Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Maklumat lengkap berkenaan syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan jawatan boleh dikemukakan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Pendidikan, Aras 1, JAIPs dan ia hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Resume;
  • Gambar berukuran pasport
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Persekolahan
  • Dokumen-dokumen yang berkaitan.

 

Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Kompleks Islam Perlis
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar
PERLIS
(u.p. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 31 OKTOBER 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…