BKM telah hampir ke Fasa Akhir: Ini pula maklumat jumlah bayaran baru BKM untuk tahun 2023

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober 2022 lalu.

Ini kerana, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi tahun 2023 dengan jumlah yang berbeza dari sebelumnya.

Menurut ucapannya, isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan tanggung lima atau lebih anak layak untuk menerima BKM RM2,500.

Manakala, bagi isi rumah sehingga empat anak, layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000.

Untuk isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 pula, BKM yang akan diterima adalah antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Golongan warga emas tiada pasangan serta golongan bujang juga tidak ketinggalan keana akan menerima BKM masing-masing pada kadar RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan.

Apa yang lebih menarik, Bajet 2023 turut memperkenalkan bantuan BKM Tambahan RM500 kepada Ibu/Bapa Tunggal yang sekaligus menjadikan jumlah maksimum bantuan sebanyak RM3,000 berdasarkan kelayakan bilangan anak.

Diharapkan BKM ini dapat membantu golongan yang memerlukan dalam usaha meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Maklumat lengkap berkenaan banyak lagi bantuan dan inisiatif di bawah Bajet 2023, boleh dirujuk di Portal Bajet Kementerian Kewangan Malaysia – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…