Bantuan Kewangan BMT RM300 akan dibayar bulan depan: Ini cara pembayaran & semak kelulusan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA sebanyak RM300 yang dibayar dua fasa (RM600 jumlah keseluruhan) kepada mereka yang berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT:-

Syarat-syarat Kelayakan

BMT adalah bantuan kewangan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha bagi meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BMT:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semak Kelulusan

Untuk makluman, pembayaran BMT akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022 dengan kadar RM300 setiap bulan.

Pembayaran itu nanti akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh
penerima ketika permohonan dibuat.

Berkenaan dengan semakan kelulusan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem BMT RISDA.

Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dirujuk DI SINI dan semakan boleh dilihat DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…