Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan Kosong PBT
PEMBANTU AWAM – GRED H11
- Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
- Kenaikan Tahunan: RM80
- Elaun:
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM95
- Imbuhan Tetap Perumahan: RM300
- Bantuan Sara Hidup: RM200
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca lagi:
- MPKS Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong
- Permohonan Jawatan Terkini di Yawas: Kelayakan Minima SPM
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi Perak Digital.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2022, RABU.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.