BMT RM300 dalam proses pengkreditan: Semak kelulusan & akaun bank anda sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperkenalkan di bawah RISDA dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM600.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
  • Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

BMT ini akan dibayar sebanyak dua fasa pada bulan November dan Disember 2022. Setiap fasa akan melibatkan jumlah bayaran sebanyak RM300 (jumlah keseluruhan RM600).

Kaedah pembayarannya pula adalah secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Akan tetapi, nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujuan bayaran bantuan ini.

Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dirujuk DI SINI, manakala semakan pula boleh dibuat DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran Universiti Utara Malaysia (UUM): Berikut Senarai Jawatan

Jawatan Kosong Besar-Besaran Universiti Utara Malaysia (UUM): Berikut Senarai Jawatan

Pada ketika ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan Tunai BIB RM450 Secara 'One-Off': Pembayaran Dibuat Dalam 7 - 14 Hari Bekerja

Bantuan Tunai BIB RM450 Secara 'One-Off': Pembayaran Dibuat Dalam 7 - 14 Hari Bekerja

Proses kehamilan dan kelahiran adalah pengalaman yang penuh cabaran dan keajaiban bagi seorang wanita. Ia bukan sahaja menuntut pengorbanan fizikal…
RM1,000 Diberikan Ke Akaun Bank Setiap Bulan: Maklumat Penerima Bulan Ini (Disember 2024)

RM1,000 Diberikan Ke Akaun Bank Setiap Bulan: Maklumat Penerima Bulan Ini (Disember 2024)

Dalam era globalisasi dan urbanisasi yang pesat, kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi isu utama yang mempengaruhi kesejahteraan keluarga,…