BKM tambahan RM500

BKM Tambahan RM500? Ini senarai mereka yang layak & tarikh pembayaran

maklumat terkini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022 bagi membantu mereka yang layak dan memerlukan dari kalangan B40 dan M40.

Malah selain itu, terdapat juga BKM Tambahan yang diberikan kepada mereka yang layak. Berikut adakah maklumat lanjut mengenainya: –

Kadar BKM Tambahan

BKM Tambahan diberikan dengan kadar-kadar berikut kepada mereka yang berkelayakan:

  • RM500: Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
  • RM300: Penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

 

Bantuan Tunai Tambahan BKM ini adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan B40 bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

Hanya mereka yang permohonan BKM 2022 berstatus Lulus sahaja layak untuk menerima Bantuan Tunai Tambahan ini.

Tarikh Pembayaran BKM Tambahan

Pembayaran BKM tahun 2022 dilaksanakan sebanyak empat fasa iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember.

Kini hanya berbaki satu fasa sahaja lagi iaitu Fasa 4 yang juga fasa terakhir BKM untuk tahun 2022.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran BKM Fasa 4 masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Cara Pembayaran BKM Tambahan

Pembayaran bantuan kewangan BKM ini akan dilaksanakan dengan cara kredit terus ke akaun bank penerima yang didaftarkan ketika permohonan atau secara manual dengan menebusnya melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

Kemas kini maklumat akaun bank pemohon hanya boleh dibuat semasa tempoh kemas kini maklumat asas Permohonan BKM 2022 yang
dibuka dalam tempoh yang ditetapkan.

Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 yang layak menerima bayaran BKM 2022 seperti mana yang ditetapkan adalah merujuk kepada Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Berkenaan dengan semakan kelulusan dan maklumat lebih lengkap berkenaan BKM pula, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) – DI SINI.

 

Maklumat terkini

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas: Cara memohon

Bantuan RM600 setiap bulan untuk rakyat Malaysia berumur 60 tahun & ke atas: Cara memohon

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan melalui agensi dan jabatannya. Bantuan-bantuan itu termasuklah yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat…
Peluang Kerjaya di PUSPAKOM, ambilan Oktober/November 2024: Taraf jawatan tetap

Peluang Kerjaya di PUSPAKOM, ambilan Oktober/November 2024: Taraf jawatan tetap

Pada ketika ini, Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Bantuan Am Persekutuan dinaikkan kepada RM500: Berikut syarat-syarat & Cara memohonnya

Bantuan Am Persekutuan dinaikkan kepada RM500: Berikut syarat-syarat & Cara memohonnya

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewanga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di…