Pengeluaran KWSP

Pengeluaran KWSP Bersasar sebelum akhir tahun 2022: Ini maklumat penuhnya

Pada ketika ini, pelbagai isu telah melanda masyarakat khususnya berkenaan dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi.

Oleh hal demikian, terdapat pelbagai pihak yang mencadangkan supaya Pengeluaran KWSP Bersasar dibenarkan kepada yang layak sebagai salah satu usaha membantu mereka menghadapi keadaan ini.

Cadangan Pengeluaran KWSP Bersasar

Memetik terbitan di Utusan Malaysia pada akhir Oktober lalu, seorang ahli KWSP tidak aktif telah meluahkan perasaannya berkenaan dengan bebanan kewangan semakin dirasai , ditambah pula kenaikan harga bagi semua sektor barang keperluan serta kos persekolahan atau pengajian anak di peringkat universiti.

Oleh hal demikian, beliau mencadangkan supaya Kerajaan dapat membenarkan sekali lagi pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khusus untuk ahlinya yang tidak aktif.

Kebenaran itu nanti sudah pasti akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan menggunakan sebahagian atau keseluruhan simpanan KWSP bagi tujuan tertentu.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam perkembangan lain, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyuarakan perkara sama di mana Pengeluaran KWSP Bersasar perlu dikaji pelaksanaannya.

“Sebelum ini, kita sudah membenarkan beberapa kali pengeluaran KWSP termasuk i-Sinar dan i-Lestari. Untuk pelaksanaan ini (pengeluaran KWSP) secara bersasar, kita perlu melihat jumlah simpanan (pencarum) terlebih dahulu.”

“Ini kerana, pengeluaran tidak boleh dibuat jika sudah tiada simpanan (dalam KWSP),” katanya, dipetik dari BH Online.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, berkemungkinan Pengeluaran KWSP Bersasar akan dilaksanakan sekiranya ia mendapat perhatian daripada Kerajaan yang mentadbir nanti.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…