LUAS

Jawatan kosong besar-besaran di LUAS: Taraf jawatan Tetap & Kontrak, Gaji sehingga RM5,701

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan Kosong LUAS

  1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,684
  3. PEMANDU KENDERAAN H11 
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  4. PENOLONG JURUTERA JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  6. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  7. PEMBANTU PENERANGAN S19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  8. PEMBANTU AWAM H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

 

Syarat-syarat Kelayakan Jawatan Kosong LUAS

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal e-Perjawatan LUAS.

Pemohon adalah diwajibkan membuat Pendaftaran akaun e-Perjawatan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian No.Pin secara Tunai di Kaunter LUAS.

Pembayaran akan dikenakan sebanyak RM10 (satu jawatan) bagi pembelian no pin untuk meneruskan proses permohonan jawatan kosong. No.Pin akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan setelah pengesahan pembayaran telah dibuat.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 21 NOVEMBER 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan dan permohonan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…