BISTARI

Cara memohon Bantuan Kewangan BISTARI RM100 untuk semua tanpa syarat pendapatan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antaranya adalah Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI) yang diperuntukkan dengan dengan dana sebanyak RM5 juta.

BISTARI pada asasnya merupakan sebuah bantuan bernilai RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada setiap anak Sabah yang dilahirkan bermula dari tahun 2022.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BISTARI: –

Syarat-syarat Kelayakan BISTARI

  • Bayi berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
  • Simpanan sebanyak RM100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendldikan Nasional (SSPN)
  • Simpanan boleh dlkeluarkan apablla penerima manfaat berusia 18 tahun.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan bantuan kewangan ini, permohonan BISTARI boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Borang BISTARI yang disediakan.

Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan bersama dokumen-dokumen sokongan (salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga yang Sah & Salinan Sijil Kelahiran) dan dihantar ke alamat:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas, Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaannya boleh dirujuk DI SINI dan permohonan atas talian pula DI SINI.

Manakala, borang permohonan secara manual pula boleh didapati DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…
Pengambilan Jawatan Besar-Besaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2025: Kelayakan SPM - Ijazah

Pengambilan Jawatan Besar-Besaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) 2025: Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…