Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Bajet 2022 bagi meringankan beban rakyat.
BKM Fasa 4 telah pun dibayar pada bulan ini (November) iaitu sekaligus menjadi BKM terakhir bagi tahun 2022.
Akan tetapi, terdapat sebuah lagi bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah kendalian RISDA.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT ini: –
Kadar BMT
Kadar bantuan kewangan BMT adalah sebanyak RM600, tetapi akan dibayar secara dua fasa. Makanya, setiap fasa akan melibatkan jumlah RM300 kepada penerima yang layak.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Sewa Rumah PPR hanya RM220 sebulan: Permohonan dibuka sehingga akhir tahun ini
- Cara mendapatkan Bantuan RM700 secara automatik kepada semua rakyat Malaysia B40
Pembayaran BMT
Pembayaran BMT akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022 bagi Fasa 1 serta Fasa 2.
Kaedah pengkreditan pula adalah secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Maklumat lengkap berkenaan BMT boleh dirujuk DI SINI, manakala semakan kelulusan pula boleh dibuat secara atas talian DI SINI.