Pemandu lori tidak berpelajaran menang kes lawan majikan yang menindas

Pada 12 Mac 2020, Lo Yoon Keong atau lebih dikenali sebagai Ah Keong, menang dalam kes di Mahkamah Buruh Bangi berkenaan isu pembuangan kerja tidak sah terhadapnya oleh pihak majikan. Ini merupakan satu kemenangan kepada seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran dan dinafikan jaminan kerja oleh majikannya. Ah Keong berjaya mendapat gaji ganti notis dan faedah penamatan kerja, berjumlah lebih kurang RM2,200.

Pada 23 Oktober 2019, Ah Keong membawa lori untuk menghantar barang seperti biasa, ke sana sini dari waktu pagi sampai petang. Pada hari itu, lebih kurang pukul 5.00 petang, Ah Keong dihubungi majikan untuk pergi ke pejabatnya.

Apabila sampai di pejabat, majikan memberitahu pada Ah Keong bahawa dia hanya kerja sampai hari itu sahaja dan menyuruhnya untuk mengambil baki gaji. Ah Keong terkejut dan bertanya pada majikan kenapa bercakap macam itu, tetapi majikan tidak lagi memberitahu apa-apa dan mendiamkan diri.

Ah Keong yang marah dan tidak puas hati terhadap majikannya telah pergi mengadu di Pusat Khidmat PSM Semenyih. Kes ini dikendalikan oleh S. Arutchelvan (Timbalan Pengerusi PSM) dan Parames Elumalai (aktivis PSM Semenyih).

Ah Keong telah dinasihatkan untuk membuat aduan polis dan aduan di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Bangi. Ah Keong sudah 6 kali turun naik JTK dan akhirnya mendapat keputusan exparte (majikan tidak hadir semasa perbicaraan) dan menang kes terhadap majikannya.

Inilah semangat perjuangan seorang pemandu lori yang tidak berpelajaran tetapi percaya bahawa hak hanya boleh dituntut jika sanggup melawan majikan yang zalim.

Sumber: Sosialis.net

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…