Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan Kosong JPJ
PEMBANTU TADBIR MYSTEP N19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Kadar Upah: RM1,600
- Tempoh Lantikan: 9 Januari 2023 – 31 Disember 2023
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Peluang pekerjaan ditawarkan di PERHILITAN bagi tahun 2023: Gaji RM2,315 hingga RM9,618
- Pengambilan jawatan kosong penjawat awam di IDFR: Jadual gaji RM5,118 hingga RM11,634
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Dimaklumkan bahawa satu sesi temuduga akan diadakan pada 06 Januari 2023 pada jam 9 pagi di JPJ Negeri Perlis.
Calon dikehendaki untuk membawa bersama resume dan dokumen sokongan berkaitan ketika menghadiri temuduga.
Dalam masa sama, pihak JPJ turut berhak untuk menolak calon sebelum sesi temuduga berlangsung sekiranyadidapati tidak memenuhi syarat atau maklumat yang tidak sahih.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan syarat-syarat kelayakan secara lebih lengkap boleh dirujuk DI SINI.