i-Sejahtera

Ini adalah senarai Bantuan di bawah i-Sejahtera dari RM100 hingga RM1,000 yang boleh dimohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Program i-Sejahtera iaitu merupakan sumbangan kewangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada mereka yang layak. Berikut adalah senarai bantuan-bantuan di bawah i-Sejahtera itu: –

Bayaran Satu Kali Setahun

Program Penghargaan Warga Emas (RM200)

Syarat utama bantuan ini adalah pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar dan berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Program Bantuan Ibu Tunggal (RM100)

Bantuan ini pula terbuka kepada ibu tunggal berumur bawah 60 tahun dan berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Program Suri Emas (RM100)

Program ini pula diberikan kepada kepada golongan suri rumah dan tiada tetap yang berada yang berumur bawah 60 tahun. Syarat sebagai pengundi masih sama seperti bantuan sebelumnya.

Program Bantuan OKU (RM200)

Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menetap di Pulau Pinang.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Bayaran Secara ‘one-off’

Program Anak Emas (RM200)

Bantuan program ini berikan kepada anak berumur kurang 2 tahun dari tarikh didaftarkan dan ibu/bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah berdaftar di dalam SPR sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.

Khairat Kematian (RM1,000)

Bagi mereka yang menerima bantuan Penghargaan Warga Emas, Bantuan Ibu Tunggal dan Bantuan OKU, waris mereka layak menerima sumbangan khairat kematian sebanyak RM1,000.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan i-Sejahtera boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi i-Sejahtera.

Pemohon kemudiannya perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan seperti mana yang ditetapkan oleh i-Sejahtera. Untuk maklumat lengkap tentang i-Sejahtera , ia boleh dirujuk di Portal Rasminya DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM800 Dibayar Secara Berfasa: Ini Maklumat Syarat-Syarat & Cara Pembayaran

Bantuan RM800 Dibayar Secara Berfasa: Ini Maklumat Syarat-Syarat & Cara Pembayaran

Musim tengkujuh merupakan fenomena tahunan yang membawa hujan lebat, banjir, dan angin kencang, terutamanya di kawasan pantai timur dan utara…
Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…