Bantuan Kewangan

Bantuan Kewangan RM1,000 akan dikreditkan bulan depan: Ini senarai penerima & syarat-syarat

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Negeri berdasarkan Belanjawan Negeri masing-masing seperti mana yang telah dibentangkan di pada bulan Disember lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Kewangan RM1,000

Pada Disember 2022, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah gaji kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di pentadbiran kerajaan negeri.

Mereka yang layak menerima adalah termasuk anggota perkhidmatan yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022.

BKK untuk kali pertama sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 telah pun dilaksanakan menerusi Insentif Khas Rahmah Ramadan 2022 sempena Aidilfitri 1443H/ 2022.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga: 

Manakala, BKK kali kedua pula mula dibayar pada 29 Disember 2022 dengan jumlah sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000.

Bagi BKK kali ketiga, insentif sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 berkeaan akan dibayar pada bulan Februari 2023 untuk meringankan beban penjawat awal dalam menampung persiapan persekolahan sesi 2023/2024 yang akan bermula pada pertengahan Mac.

Amirudin Shari dalam ucapannya berkata, bantuan khas berkenaan itu adalah bertujuan untuk menghargai khidmat cemerlang serta komitmen penjawat awam dalam memastikan perkhidmatan kerajaan negeri kekal berkesan.

“Pemberian BKK ini dilaksanakan berdasarkan terma dan syarat anggota yang berkelayakan dalam garis panduan pemberian BKK yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM),” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…