BMT RM800

BMT RM800 akan dibayar mulai bulan Januari hingga Mac 2023: Ini cara semak layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperkenalkan sejak tahun lalu bagi membantu mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan dari RISDA yang diberikan kepada para pekebun kecilnya yang layak.

Akan tetapi, pada Oktober 2022 – pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan bantuan kewangan ini kepada pekebun kecil getah FELDA.

Malah, jumlahnya juga turut dinaikkan dari RM600 kepada RM800 dan akan dibayar sebanyak tiga fasa.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran BMT

Berdasarkan maklumat dari media sosial rasmi FELDA, seramai 12,138 orang peneroka tanaman getah FELDA di seluruh negara yang terjejas ketika musim tengkujuh layak untuk menerima manfaat yang berjumlah keseluruhan RM9.7 juta.

Bantuan sebanyak RM800 ini juga diberikan atas dasar keprihatinan dan komitmen FELDA dalam membantu meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh.

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan dilaksanakan seperti berikut:

  • Fasa 1: RM300 (Januari 2023)
  • Fasa 2: RM300 (Februari 2023)
  • Fasa 3: RM200 (Mac 2023)

 

Bagi mengetahu dengan lebih jelas dan berkenaan dengan kelayakan menerima bantuan ini, peneroka juga boleh terus berhubung dengan Pengurusan Rancangan masing –masing.

Maklumat lengkap berkenaannya juga boleh dirujuk di Media Sosial Rasmi FELDA – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…
Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jawatan Kosong ILMIA, Jabatan Perangkaan Malaysia: Ambilan Jun 2025

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini membuka pengambilan bagi jawatan MySTEP Pegawai Penyelidik Kajian Perburuhan di bawah pasukan ILMIA (Institut Maklumat…
Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…