Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Bantuan Khas Kewangan (BKK) RM700 dibayar minggu depan: Semak kelayakan anda sekarang

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan berdasarkan Belanjawan Mini 2023 yang telah dibentangkan di pada bulan Disember lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas Kewangan (BKK)

Pada 20 Disember 2022, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 dan RM350 kepada mereka yang layak.

Bantuan itu adalah seperti berikut:

  • RM700: Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah.
  • RM350: Kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.

 

Menurut pekeliling yang diterbitkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), BKK 2023 turut akan dibayar kepada pegawai lantikan MySTEP yang berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun ini dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Januari 2023.

Malah, pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen juga layak menerima bantuan kewangan ini.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran BKK

Dalam kenyataan sama, pihak JPA juga mengumumkan pembayaran BKK telah akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023.

Dimaklumkan bahawa pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023 juga layak menerima BKK 2023.

Untuk maklumat lengkap berkenaan BKK, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi JPA – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…
Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia (JIM): Pengambilan Sesi April 2025

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pulau Pinang kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong…
RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

RM150 - RM500 Dibayar Setiap Bulan Ke Akaun: Ini Cara Memohon Bantuan Am Kerajaan

Dalam masyarakat yang pesat membangun, masih ramai individu dan keluarga yang tergolong dalam golongan memerlukan. Mereka bukan sahaja terdiri daripada…