TUNS

Permohonan Bantuan TUNS 2023 RM3,000 telah dibuka: Berikut mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui TUNS 2023 yang telah dibuka permohonannya sejak 16 Januari 2023 lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:-

TUNS 2023

TUNS pada asasnya merupakan Bantuan Geran Kewangan sebanyak RM3,000 oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil.

Objektif utama TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini.

Malah, ia juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysla & anak Negeri Sembilan/ pengundi di Negeri Sembilan;
  • Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022;
  • Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan Jualan kurang daripada RM100,000 setahun;
  • Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan;
  • Tidak berstatus muflis;
  • Tidak pernah menerima TUNS.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi syarat-syarat perniagaan yang layak, ia adalah seperti di bawah:

  • Minuman dan makanan;
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih;
  • Khidmat jahitan;
  • Pertanian/penternakan/perikanan;
  • Salon kecantikan dan gunting rambut;
  • Kraf tangan dan cenderamata;
  • Peruncitan;
  • Fotografi; dan
  • Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Geran ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi TUNS dan melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan geran kewangan ini, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…