STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Maklumat rasmi jumlah bayaran & senarai penerima Fasa 2 hingga 4

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah penambahbaikan Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Untuk rekod, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah pun dibuat kepada yang layak pada bulan Januari 2023 lalu.

Pembayaran itu melibatkan kadar sebanyak RM300 bagi kategori isi rumah dan RM100 kepada golongan bujang.

Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah mengumumkan beberapa penambahbaikan STR seperti berikut:

  • Kategori baharu melibatkan bilangan anak melebihi 5 orang
  • Bantuan khas kepada warga emas bujang (RM600) dan bujang (RM350)
  • Bantuan tambahan RM600 dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Oleh hal demikian, kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Kadar & Penerima STR

Berkenaan dengan kadar dan penerima STR tahun 2023, ia adalah seperti berikut:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM1,000 (bilangan anak 0)
  • RM1,500 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM2,000 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM2,500 (bilangan anak 5 ke atas)

 

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM500 (bilangan anak 0)
  • RM750 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM1,000 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM1,250 (bilangan anak 5 ke atas)

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berkenaan dengan tarikh pembayaran dan semakan, ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat lengkap berkenaan Belanjawan 2023 pula boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…