bantuan rm700

Bantuan RM700 akan dikreditkan bulan depan: Ini senarai penerima & kaedah pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah Bantuan Khas Kewangan dan ini adalah penerangan lebih lengkap mengenainya:-

Bantuan RM700

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Perdana Meneteri ada mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023.

Pembayaran bantuan itu akan melibatkan nilai sebanyak RM700 dan RM350 kepada mereka yang berkelayakan. Para penerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • RM700: Kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM350: Kepada para pesara Kerajaan.

 

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri…”, kata Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Bersempena dengan bulan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan depan, pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat pada bulan April 2023.

Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank para penerima seperti mana bantuan-bantuan sempena perayaan sebelum ini.

Maklumat lengkap tentang Belanjawan 2023 – boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…