str fasa 2

[RASMI] STR Fasa 2 dikreditkan awal bulan depan: Berikut jumlah & senarai penerima yang terlibat

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

Sumbangan Tunai Rakyat (STR) Fasa 2

Pada bulan Januari 2023 lalu, pihak Kerajaan telah pun menyalurkan pembayaran STR Fasa 1 dengan kadar sebanyak RM300 kepada penerima isi rumah dan RM100 kepada golongan bujang.

Berdasarkan maklumat melalui Portal Rasmi Belanjawan 2023, pembayaran STR Fasa 2 pula akan dibuat tidak lama lagi dengan kadar berikut:

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,500 & ke bawah)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

Kadar Asas Isi Rumah (pendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • RM200 (bilangan anak 0)
  • RM200 (bilangan anak 1 – 2)
  • RM200 (bilangan anak 3 – 4)
  • RM200 (bilangan anak 5 ke atas)

Warga Emas Sebatang Kara ≥ 60 tahun

  • RM100

Bujang 21 – 59 tahun

  • RM100

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • RM100

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2

Untuk makluman, pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada bulan April 2023 kepada semua kategori penerima.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Dewan Rakyat berkata, pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat pada pertengahan bulan Ramadan atau awal bulan hadapan.

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April, insya-Allah,” katanya.

Kaedah pembayaran pula adalah dengan cara kredit terus ke akaun bank penerima atau secara penebusan tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada mereka yang tidak memiliki akaun bank atau akaun bank berstatus tidak aktif.

Maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…