Bantuan Minimum

Bantuan minimum RM2,500 dibayar bulan April depan: Tak perlu memohon & ini senarai penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan atau Negeri berdasarkan Belanjawan masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Minimum RM2,500

Ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2023, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan bagi mereka yang berkelayakan.

Bantuan Khas Kewangan itu adalah sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada para penjawat awam negeri.

Bantuan khas itu diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam di negeri berkenaan, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Diharapkan bantuan khas kewangan ini dapat menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” kata Aminuddin di Persidangan Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan Ke-14.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan ucapan sama, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan minggu pertama April 2023.

Dalam pada itu, pihak Kerajaan Negeri turut setuju memperkenalkan pelbagai bantuan kewangan, pemberian tunai, insentif bukan kewangan dan bantuan sokongan di bawah Belanjawan sama.

“Sebanyak 64 inisiatif membabitkan peruntukan RM107 juta akan dilaksanakan dalam belanjawan untuk negeri ini… Sebanyak 42 inisiatif sedia ada akan dikekalkan atau ditambah baik dan 22 inisiatif baharu akan diperkenalkan,” katanya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong Koperasi Permodalan FELDA 2025, Terbuka Untuk Lepasan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…