bantuan tunai

Bantuan Tunai BMT RM800 dibayar selama 4 bulan: Ini tarikh rasmi pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Tunai BMT

BMT atau nama penuhnya Bantuan Musim Tengkujuh adalah sebuah bantuan kewangan daripada Kerajaan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Malah, pihak Kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah bersetuju menaikkan kadar bantuan ini daripada RM600 kepada RM800 untuk setiap penerima.

“Kerajaan turut bersetuju menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan.

Ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung 320 ribu pekebun kecil dengan peruntukan RM256 juta,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibarhim ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Berdasarkan maklumat pelaksanaan BMT sebelum ini, ia dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat Ringkasan Belanjawan 2023 yang diterbitkan Kementerian Kewangan – pembayaran BMT akan dibuat sebanyak empat fasa dalam tempoh empat bulan.

Tarikh pembayaran adalah pada bulan November (Fasa 1), Disember (Fasa 2), Januari (Fasa 3) dan Februari (Fasa 4).

Namun bergitu, maklumat lebih lanjut berkenaan BMT tahun 2023 ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak Kerajaan nanti.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023 dan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…