akaun 2

Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP: Cara memohon sehingga RM50,000 di bawah Ihsan-i MBSB

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah inisiatif yang diperkenalkan adalah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif ini: –

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) pada asasnya diperkenalkan bagi membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Hal ini membolehkan ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan. Bayaran pengeluaran kemudiannya hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 tahun hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Syarat-syarat kelayakan FASA2 pula adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun;
  • Warganegara Malaysia;
  • Permohonan adalah sekali sahaja;
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Permohonan inisiatif ini boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dengan langkah-langkah berikut:

  • Langkah 1: Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
  • Langkah 2: Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
  • Langkah 3: Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.

 

Pada ketika ini, MBSB Bank Berhad telah memperkenalkan pembiayaan peribadi patuh syariah Ihsan-i EPF Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) dengan kadar pembiayaan RM3,000 hingga RM50,000. Syarat-syarat utama pembiayaan ini adalah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bagi ahli KWSP berumur 40 hingga 54 tahun;
  • Simpanan sekurang-kurangnya RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP;
  • Ahli KWSP dengan i-Akaun.

 

Tatacara permohonan pula adalah seperti di bawah:

  • Layari Portal FSA2 MBSB Bank;
  • Pastikan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan;
  • Kesedaran dan kefahaman mengenai Fasilititi Sokongan Akaun 2;
  • Isi maklumat yang diperlukan di Borang Kelayakan Pembiayaan;
  • Klik ‘Teruskan’ dan sahkan identiti melalui Nombor TAC;
  • Isi jumlah pembiayaan yang diperlukan dan maklumat lain di Borang Permohonan;
  • Permohonan akan diproses berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap;
  • Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.

 

Maklumat lengkap berkenaan fasilitini, ia boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi KWSP DI SINI dan Portal Rasmi MBSB DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…