pkns

Jawatan kosong besar-besaran di PKNS untuk lepasan STPM hingga Ijazah: Gaji sehingga RM9,585

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan PKNS

  1. AKAUNTAN GRED WA41
    • Jadual Gaji: RM2,820 – RM9,585
  2. PEGAWAI TADBIR GRED N41
    • Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
  3. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29
    • Jadual Gaji: RM1,498 – RM5,678
  4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan PKNS secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen berikut:

  1. Kelayakan Akademik – SPM/Sijil/Diploma/Ijazah;
  2. Sijil Berhenti Sekolah;
  3. Kad Pengenalan Pemohon, Suami/Isteri dan Ibu Bapa (Jika Masih Hidup);
  4. Sijil Kelahiran Pemohon;
  5. Surat Nikah;
  6. Sijil Kelahiran Anak;
  7. Lain-lain Sijil Yang Berkenaan.

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Bahagian Sumber Manusia
Aras 4 Blok B
Bangunan Ibu Pejabat PKNS
No. 2 Jalan Indah 14/8
Seksyen 14
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 28 APRIL 2023, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Jawatan Kosong RELA, Ambilan Disember 2024: Berikut Senarai Jawatan Ditawarakan

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Bantuan BMT Dikreditkan Ke Akaun Bulan Ini (Disember 2024): Ini Jumlah Bayaran Kepada Penerima

Musim tengkujuh sering kali dikaitkan dengan hujan lebat, banjir kilat, dan angin kencang yang melanda kawasan tertentu di Malaysia. Fenomena…
Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Bantuan Khas RM3,000 Dibayar Bulan Depan (Januari 2025): Secara Automatik & Tak Perlu Memohon

Penjawat awam merupakan nadi utama dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan dasar-dasar kerajaan…