Seperti yang dilaporkan media, Tesco Malaysia kini secara rasminya bertukar nama kepada Lotuss Malaysia selepas melalui proses penjenamaan semula. Ia berikutan dengan tindakan Tesco Group UK menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd (C.P. Group) pada Disember tahun lalu. C.P. Group adalah salah sebuah syarikat berasaskan pertanian dan perladangan terbesar di dunia dan Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikatnya.
Kini, Lotuss Malaysia sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan. Taraf pendidikan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan pula adalah dari SPM sehingga Ijazah Sarjana.
Berikut adalah kekosongan jawatan yang ditawarkan:
- IT Helpdesk (kontrak 1 tahun)
- Penganalisis Perniagaan – Perancangan Pusat
- Pengurus Sistem dan Komunikasi
- Eksekutif Saluran Pelbagai (Multichannel Executive)
- Store Associate (Bagan Ajam)
- Store Associate (Sg Petani Selatan)
- Store Associate (Ara Damansara)
- Eksekutif Reka Bentuk – 3Dkontrak 1 tahun)
- Eksekutif Reka Bentuk – Grafik kontrak 1 tahun)
- Penganalisis Sistem Dalam Talian
- Pengurus Perancangan Barang
- Buying Manager-Fresh
- Pembantu Penghantaran Pelanggan (Teco Puchong)
- Pembantu Penghantaran Pelanggan (Mutiara Damansara)
- Pembantu Penghantaran Pelanggan (Tesco Selayang)
- Penganalisa Sistem
- Penganalisis Perniagaan – Dalam Talian
- Latihan Industri Jualan & Pemasaran
- Latihan Industri Media/Seni
- Program Pelatih Pengurusan Tesco (Tesco Management Trainee Programme)
Cara memohon:
Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut iklan dan permohonan boleh dibuat DI SINI. Bagaimanapun, hanya calon yang berkelayakan selaras dengan syarat jawatan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga. Oleh itu, pemohon disarankan untuk meneliti terlebih dahulu syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.
_________
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021