sara hidup

Permohonan Elaun Sara Hidup RM300 setiap bulan telah dibuka: Senarai pemohon yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diteruskan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Elaun Sara Hidup

Salah satu program yang diteruskan oleh pihak Kerajaan adalah Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) sebanyak RM300 sebulan.

Bantuan ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Syarat-syarat Kelayakan

Terdapat tiga kategori nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran ESHN, iaitu:

Pemilik vesel perikanan zon A & Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat:

  • Memiliki MyKad (Biru);
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
  • Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah;
  • Status subsidi minyak yang aktif.

Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia:

  • Memiliki MyKad (Biru);
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;
  • Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat;

Had Bilangan Pemilik Dan Pekerja Vesel Yang Layak Menerima ESHN:

  • Setiap pemilik vesel perikanan yang didaftarkan atas nama individu hanya layak menerima ESHN daripada satu lesen vesel perikanan atau lesen perkakas sahaja;
  • Had bilangan pekerja vesel (awak-awak) yang layak dibayar ESHN bagi sesebuah vesel adalah tidak melebihi bilangan pekerja yang ditetapkan dalam lesen vesel berkenaan;
  • Sekiranya bilangan pekerja yang bekerja diatas sesebuah vesel adalah kurang daripada bilangan yang ditetapkan dalam lesen maka bayaran ESHN adalah mengikut bilangan sebenar pekerja yang bekerja.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem e-Pengisytiharan LKIM.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang diminta di sistem berkenaan.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…