BAP

Bantuan Kerajaan BAP RM500 setiap bulan: Berikut mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan BAP RM500

Bantuan Anak Pelihara atau singkatannya BAP adalah sebuah bantuan yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

BAP ini juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar sumbangan BAP ialah minimum RM250 sebulan seorang sehingga maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…