akaun 1

Pengeluaran penuh KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Namun begitu, sebenarnya terdapat sebuah lagi kemudahan sedia ada di bawah kumpulan kewangan itu iaitu pengeluaran sebahagian atau penuh simpanan mengikut syarat-syarat tertentu.

Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran penuh KWSP: –

Mencapai usia 55 Tahun

Sekiranya pencarum mencapai usia 55 tahun, mereka secara rasminya memasuki usia persaraan dan mempunyi pilihan untuk menguruskan wang persaraan mereka sendiri. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 juga akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Oleh itu KWSP akan membenarkan mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan akaun ini pada bila-bila masa.

Mencapai Usia 60 Tahun

Apabila pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun Emas. Ia bagaimanapun hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai usia 60 tahun.

Pada usia tersebut, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan serta boleh dikeluarkan sama ada keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.

Hilang Upaya

Jika pencarum berhadapan dengan keadaan keupayaan fizikal atau mental yang terjejas sehingga menghalang mereka untuk bekerja – mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP.

Malah, malah pihak KWSP akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Meninggalkan Negara

Pencarum yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh membuat mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.

Meninggal Dunia

Jika pencarum meninggal dunia, pengeluaran penuh boleh dibuat oleh waris. Oleh itu, pihak KWSP sangat menggalakkan para pencarum untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang masalah dan kesulitan.

Bagi maklumat kaedah pengeluaran, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di i-Akaun KWSP melalui bahagian pengeluaran.

Maklumat lengkap berkenaan perkara ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…