SHELL perkenal program untuk siswazah: Terima gaji dan latihan bertaraf dunia

Bagi para graduan yang masih lagi mencari pekerjaan dan bercita-cita untuk menambahkan lagi pengetahuan serta kemahiran, syarikat minyak dan gas, Shell ada memperkenalkan sebuah program iaitu Program Siswazah Shell atau Shell Graduate Programme. Program ini diperkenalkan bagi membolehkan graduan baru menjadi profesional Shell yang bebas sepenuhnya.

Melalui program ini, para peserta akan menerima latihan formal bertaraf dunia bagi mengembangkan lagi bakat dan kemahiran mereka selama dua hingga lima tahun. Selain itu, peserta juga akan menerima gaji permulaan yang kompetitif dan faedah yang cukup baik dari pihak Shell.

Bagi mereka yang berminat, syarat kelayakan menyertai program ini adalah:

  • Mempunyai sifat kepimpinan dan boleh bekerja secara berpasukan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan persembahan yang tinggi
  • Mempunyai kebenaran kerja yang sah di Malaysia.
  • Memiliki ijazah (Sarjana Muda, Sarjana atau Phd) dalam bidang tertentu sesuai dengan kekosongan jawatan.

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat secara atas talian berdasarkan kekosongan jawatan yang disediakan pada tahun 2021 (KLIK SINI). Untuk menjimatkan masa, calon disarankan menyambung profil LinkedIn ketika membuat permohonan. Dalam masa sama, calon turut perlu memastikan yang mereka boleh bekerja sama ada di Malaysia Barat atau Timur bergantung kepada jenis pekerjaan yang dimohon.

Maklumat lanjut program boleh didapati di laman sesawang Shell Malaysia. Untuk mengetahui proses permohonan, pemohon digalakkan untuk menonton video ini.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…