bantuan

Cara menuntut Bantuan RM8,000 ‘one-off’ yang diberikan secara automatik untuk golongan B40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM8,000

Untuk pengetahuan semua, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah skim bantuan kewangan yang melibatkan seumbangan sebanyakRM8,000 secara ‘one-off’ kepada mereka yang berkelayakan.

Ia dikenali sebagai Skim Perlindungan Masyarakat mySalam iaitu sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan kepada individu yang layak.

Antara manfaat utamanya adalah pembayaran tunai dengan kadar RM8,000 secara ‘one-off’ apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal (senarai penyakit kritikal DI SINI).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur 21 hingga 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Penerima bantuan khas kewangan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Menuntut

Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, tuntutan penyakit kritikal boleh dibuat secara atas talian (online) dengan langkah-langkah

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
  • Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  • Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  • Langkah 4: Log masuk ke Portal Rasmi mySalam dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  • Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Bagi yang mahu membuat semakan kelayakan pula, ia juga boleh dibuat di Portal Rasmi mySalam dengan mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan skim ini, sila rujuk di Portal Rasmi mySalam – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…