Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan MPAJ
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
- Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
- Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Jadual Gaji : RM2,315 – RM9,618
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F29
- Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
- Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Jadual Gaji : RM1,549 – RM5,684
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang MPAJ 1 secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
- Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika berkenaan);
- Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
- Sekeping gambar ukuran passport (warna).
Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan dan dihantar ke alamat:
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA
MENARA MPAJ
JALAN PANDAN UTAMA
PANDAN INDAH
55100 KUALA LUMPUR
(U.P: BAH. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 06 JUN 2023, SELASA.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.