bantuan kwsp

Bantuan KWSP RM500 untuk rakyat Malaysia berumur bawah 55 tahun: Tarikh bantuan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.

Ia termasuklah bantuan berbentuk kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bantuan KWSP RM500

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan telah mengumumkan Bantuan RM500 kepada para pencarum KWSP yang layak.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan ini adalah para ahli KWSP berumur antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

“Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak RM500,” kata Perdana Menteri.

Dengan pelaksanaan program ini, ia akan memberikan manfaat kepada hampir 2 juta ahli KWSP dan melibatkan peruntukan hampir RM1 billion.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pelaksanaan

Dimaklumkan bahawa, program ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan akan dikreditkan secara automatik ke Akaun 1 KWSP ahli yang layak.

Berkenaan dengan pelaksanaan, tarikh rasmi masih belum diumumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk meneliti dengan lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2023, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…