elaun

Bantuan Elaun Sara Hidup RM250 dibayar setiap bulan: Mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi kumpulan sasar berdasarkan pekerjaan masing-masing.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang diperkenalkan itu: –

Elaun Sara Hidup RM250

Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHN) adalah sebuah program di bawah Jabatan Perikanan Malaysia yang melibatkan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM250 setiap bulan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Memiliki MyKad (Biru);
  • Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah;
  • Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan;
  • Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja;
  • Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
    • warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum)
    • menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan
    • sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan
    • tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
    • bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
    • tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
    • mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Perikanan Daerah berhampiran.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…