isi rumah

STR untuk isi rumah & bujang bulan depan: Jumlah lengkap bayaran yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

STR adalah sebuah bantuan tunai yang diperkanalkan oleh pihak Kerajaan dan merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan sebelum ini. Antaranya seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

STR ini diberikan kepada mereka yang layak dari kalangan kumpulan B40 dan M40 merangkumi isi rumah, bujang dan warga emas.

Bagi pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun selesai dikreditkan kepada yang layak pada bulan Januari dan April lalu.

Manakala, jumlah bayaran bagi STR Fasa 3 pula adalah seperti berikut:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM300
  • Bilangan anak 1 – 2: RM400
  • Bilangan anak 3 – 4: RM600
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM800

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: RM150
  • Bilangan anak 3 – 4: RM200
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM250

 

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Bujang 21 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Bujang OKU 19 – 59 tahun

  • STR Fasa 2: RM150

Cara Pembayaran

Berkenaan dengan maklumat tarikh pembayaran STR Fasa 3, ia dijadualkan akan dibuat secara beperingkat pada bulan Julai 2023.

Kaedah pembayaran pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi yang tidak memiliki akaun bank (atau akaun berstatus tidak aktif) tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…