Bantuan Kewangan RM600 & RM800 dibayar bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan melalui Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan RM600 & RM800

Salah satu bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang juga merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini.

Pada bulan Januari lalu, pembayaran STR Fasa 1 telah pun dibuat kepada penerima yang layak dengan kadar sebanyak RM100 hingga RM300.

Manakala, pembayaran bagi Fasa 2 pula telah disalurkan pada bulan April 2023 dengan kadar dari RM100 hingga RM200 kepada menerima kategori B40 dan M40.

Bagi pembayaran STR Fasa 3 pula, ia akan diberikan dengan kadar tertinggi antara RM600 hingga RM800 mengikut ketegori penerima.

Mereka yang layak menerima RM600 adalah Isi Rumah Tiada Had Umur yang berpendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah serta mempunyai anak 3 hingga 4 orang.

Bagi isi rumah yang berkategori pendapatan bulanan sama, tetapi mempunyai anak 5 orang atau lebih, mereka layak menerima STR Fasa 3 dengan kadar RM800.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 3 akan dibuat secara berperingkat pada bulan Julai 2023.

Kaedah pembayaran pula akan dibuat secara kredit terus ke akaun bank penerima. Bagi yang tidak memiliki akaun bank (atau akaun berstatus tidak aktif) tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…