bantuan rm700

Bantuan RM700 secara automatik untuk rakyat Malaysia: Ini cara mendapatkannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui sebuah inisiatif Kerajaan yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.

Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan inisiatif ini:-

Bantuan RM700

Bantuan yang dimaksudkan itu adalah Skim perlindungan masyarakat mySalam yang merupakan bantuan khusus kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40.

Antara manfaat utama mySalam adalah pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun 2022;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.

Cara Menuntut

Untuk makluman, bagi mereka yang menepati syarat-syarat – mereka secara automatik layak menerima manfaat-manfaat mySalam.

Berkenaan dengan tuntutan hospitalisasi, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.;
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format .pdf atau .jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan mySalam, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…