bantuan rm100

Bantuan RM100 dibayar bulan depan & Ogos 2023: Tak perlu memohon & cara pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Bantuan RM100 setiap bulan

Salah satu bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan.

Namun begitu, pihak Kerajaan juga setuju untuk memberikan Bantuan STR Tambahan dengan kadar sebanyak RM600 kepada Isi Rumah Miskin Tegar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,169 secara automatik.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan ini nanti akan diberikan secara berperingkat pada pada kadar RM100 selama 6 bulan dengan jumlah keseluruhan RM600.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewangan, bantuan ini akan disalurkan bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023.

Kaedah pemberian pula akan berbentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Ia akan dikenali sebagai Bantuan Bakul Rahmah yang mengandungi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, susu pekat, mihun dan telur atau baucar bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Belanjawan 2023 dan STR, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…