e-tunai

E-Tunai Rahmah RM200 boleh ditebus akhir bulan ini: Semak senarai penuh penerima tahun ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Dompet yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-

E-Tunai Rahmah

Salah satu bantuan yang diperkemalkan oleh Kerajaan pada tahun ini adalah E-Tunai Belia Rahmah. Bantuan e-Tunai ini melibatkan kadar sumbangan sebanyak RM200 kepada setiap yang layak.

Pada asasnya, bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia.

Institusi pendidikan di Malaysia di pelbagai peringkat pengajian tinggi itu termasuklah:

  • Kolej Komuniti
  • Politeknik
  • Universiti Awam (UA)/Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
  • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
  • Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan Tingkatan 6
  • Senior Middle 3
  • Sijil Tinggi Agama (STAM)
  • Diploma Kolej Vokasional
  • Diploma dan setara institusi TVET
  • Pengajian Asas (Foundation)/Asasi
  • A-Level
  • International Baccalaureate Diploma
  • Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma
  • Diploma Lanjutan
  • Sarjana Muda dan setaraf
  • Sarjana dan setaraf
  • Doktor Falsafah dan setaraf
  • kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan maklumat dari Portal Rasmi Kementerian Kewanga, penebusan bantuan ini boleh dibuat pada akhir bulan Jun 2023.

Berkenaan dengan kaedah penebusan, ia berkemungkinan akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.

Namun begitu, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak terlibat dan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…