e-dompet

Bantuan e-Dompet RM200 boleh ditebus mulai esok: Senarai penuh penerima & cara mendaftar

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan e-Dompet yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-

Bantuan e-Dompet RM200

Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah setuju mempekenalkan eBeliaRahmah dengan kadar sebanyak RM200 secara ‘one-off’

Program bantuan ini dijangka akan dimanfaatkan oleh sekitar 2 juta penerima bagi mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005); ATAU
  • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
    • Kementerian Pendidikan Tinggi;
    • Kementerian Pendidikan;
    • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
    • Kementerian Pertahanan;
    • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
    • Kementerian Belia dan Sukan;
    • Kementerian Sumber Manusia;
    • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya;
    • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Cara Mendaftar

Berkenaan dengan tarikh pelaksanaan program ini, ia boleh ditebus mulai jam 8 pagi, 26 Jun 2023 melalui salah satu platform e-dompet berikut: Boost; Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bagi pengguna baru atau sedia ada, mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan hanya perlu mengikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet.

Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat pengesahan identiti. Pemohon kemudiannya perlu mengisi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun.

Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…