bantuan tunai

Kerajaan Negeri setuju beri Bantuan Tunai RM300 & RM700: Permohonan ditutup minggu depan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan tunai sebanyak RM300 dan RM700  kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-

Bantuan Tunai RM300 & RM700

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pahang telah pun membuka permohonan bagi dua jenis bantuan iaitu Geran Bantuan ke IPT (mahasiswa baru) dan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2023 Kluster Siswa (mahasiswa sedia ada di IPT).

Kadar bantuan yang diberikan pula adalah seperti berikut:

  • Geran Bantuan ke IPT (mahasiswa baru): RM700
  • Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2023 Kluster Siswa: RM300

Syarat-syarat Kelayakan

Geran Bantuan ke IPT (mahasiswa baru)

  • Pelajar baharu sesi 2023

 

Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Siswa

  • Pemohon adalah anak Pahang;
  • Pemohon merupakan pengundi berdaftar di Negeri Pahang;
  • Pemohon adalah seorang mahasiswa/i yang berada di Semester 2 dan ke atas di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara atau Institut Pengajian Tinggi di bawah Kerajaan Negeri Pahang (UniPSAS, Pahang Skills, UCYP, KYP, KYPAS).

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan kewangan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di pautan yang disediakan di hebahan rasmi.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan pula dibuka dari 21 Jun 2023 sehingga 11 Julai 2023. 

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan kedua-dua bantuan ini, sila rujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…