i-Sayang

Permohonan pengeluaran i-Sayang KWSP telah dibuka: Senarai mereka yang layak memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satu inisiatif yang diperkenalkan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikenali sebagai i-Sayang. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan: –

i-Sayang KWSP

Untuk makluman, i-Sayang pada asasnya adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2 peratus caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Permohonan insiatif ini adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.

Syarat-syarat Kelayakan

Suami (Pemberi)

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Isteri (Penerima)

  • Warganegara Malaysia;
  • Ahli KWSP;
  • Belum mencapai umur 75 tahun;
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia.

Cara Memohon

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan ingin membuat permohonan, ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di i-Akaun (Ahli) KWSP atau di mana-mana Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Bagi mereka yang telah membuat permohonan dan telah diterima permohonannya, pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).

Maklumat lengkap berkenaan inisiatif ini, boleh dirujuk secara teliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…