bantuan tunai

Bantuan Tunai RM500 setiap bulan untuk mereka berumur 60 tahun ke atas: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan tunai sebanyak RM500 setiap bulan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2023.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –

Bantuan Tunai RM500

Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Warga Emas (BWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Objektif utama BWE adalah untuk membantu warga emas yang memenuhi kriteria kelayakan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Kadarnya pula sebanyak RM500 yang akan dikreditkan setiap bulan ke akaun penerima berkelayakan dan diluluskan permohonan mereka.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
    • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    • Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan program subsidi ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong…
Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…