kredit e-tunai

Kredit e-Tunai RM100 untuk seluruh rakyat Malaysia: Berikut kategori penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan Kredit e-Tunai RM100 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

Kredit e-Tunai RM100

Ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa pihak Kerajaan setuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100.

Kredit e-Tunai ini akan diberikan kepada semua golongan dewasa dari kalangan B40 dan M40 yang  berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Dengan pelaksanaan inisiatif itu, dianggar lebih 10 juta rakyat akan menerima kredit e-Tunai berkenaan dengan peruntukan sekitar RM1 bilion.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam pekembangan sama, pihak Kerajaan turut bersetuju memberikan Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 kepada para penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM200 kepada para pesara Kerajaan.

Bantuan berkenaan dijangka akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara. Ia akan dibayar dalam tempoh dua minggu dari sekarang secara kredit terus ke akaun setiap penerima.

ARTIKEL BERKAITAN

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Banyak Jawatan Kosong Ditawarkan FINAS Ogos - September 2025: Mohon Sekarang!

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong…
Permohonan Bantuan Bil Air Percuma Telah Dibuka: Ini Cara Memohon

Permohonan Bantuan Bil Air Percuma Telah Dibuka: Ini Cara Memohon

Air merupakan asas kehidupan yang tidak ternilai harganya. Setiap makhluk di bumi ini – manusia, haiwan, tumbuhan – sangat bergantung…
Banyak Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Gaji Sehingga RM11,110

Banyak Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Majlis Perbandaran Pekan (MPP) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi…