Disebabkan tuntutan kerja overtime palsu, penolong pegawai didenda RM12,500

Seorang bekas penolong pegawai kesihatan dijatuhi hukuman denda RM12,500 oleh Mahkamah Sesyen pada 22 Februari, selepas mengaku bersalah mengemukakan penyata palsu tuntutan bekerja lebih masa berjumlah RM3,352.06. Hakim Rozina Ayob menjatuhi hukuman denda masing-masing RM2,500 terhadap Mohd Johan Fazlan Sa’adon, 42, atas lima kesalahan mengemukakan penyata palsu.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara 15 bulan, sekiranya denda gagal dibayar. Tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang ketika kejadian bekerja di Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan di Putrajaya didakwa mengemukakan beberapa set dokumen penyata tuntutan bekerja lebih masa yang diketahuinya adalah palsu bagi bulan Mei hingga September 2015 berjumlah keseluruhan RM3,352.06.

Dia dituduh melakukan semua kesalahan itu di pejabat Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya antara Jun hingga Oktober 2015.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abd Muntaqim Abdul Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Nur Fazrin Ahmad.

Sumber: Berita Harian

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…