Akibat ekonomi tidak menentu: Kadar pekerjaan diwujudkan turun lebih 30K tahun lalu

Akibat hambatan pendemik dan ketidaktentuan ekonomi, jumlah pekerjaan yang diwujudkan pada tahun lalu (2020) menurun sebanyak 31,000 kepada 73,000 berbanding 104,000 pada 2019. Ia sekaligus memperlihatkan permintaan buruh yang rendah, tearutamanya dari sektor swasta.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, keadaan itu turut menyumbang kepada kenaikan kadar pengangguran negara iaitu pada paras 4.5 peratus berbanding kadar purata 3.0 peratus yang direkodkan dalam tempoh sebelum krisis.

Dalam masa sama, Jabatan Perangkaan juga mendapati – akibat pengurangan operasi perniagaan sepanjang tahun 2020, jumlah jam bekerja mencatatkan penurunan kepada 32.0 bilion jam, berbanding 35 bilion jam pada 2019.

Tambahnya lagi, walaupun terdapat sebahagian perniagaan yang telah meningkatkan penggunaan teknologi digital, ataupun dengan melaksanakan pengaturan kerja fleksibel – ia masih menjadi cabaran besar buat perusahaan kecil, sederhana dan mikro (PKS) kerana kekurangan kompetensi teknikal.

Apa yang pasti, pasaran buruh di Malaysia pada awal 2021 dijangka akan terus berada dalam kedudukan yang mencabar susulan keadaan pandemik yang masih belum pulih sepenuhnya. Maka, alternatifnya adalah melalui kerjasama berterusan semua pihak, bagi meringankan situasi yang kurang memberangsangkan ini.

Sumber: The Star.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…